Monday, May 14, 2012

Tampar Jer Orang Yang Tak Percaya Tuhan

Ada seorang pemuda yang sudah lama mendapat pendidikan di luar negeri namun tidak pernah belajar agama Islam.sekembalinya dia ke tanah air dia diminta kedua orang tuanya untuk belajar agama Islam, tapi dia memberi syarat supaya dicarikan guru agama yang boleh menjawab 3 pertanyaan yang selama ini berlubuk dihatinya. Akhirnya ibu bapa pemuda itu membawa seorang Ustaz ke rumah mereka untuk mengajar anak muda tersebut.

Pemuda : Awak siapa dan bolehkah awak menjawab segala pertanyaan saya?

Ustaz: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu.

Pemuda : Awak yakin? Sedangkan Profesor di Amerika dan ramai bijak pandai yang tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Ustaz : Saya akan mencuba mengikut kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan :

Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya !

Kalau memang benar ada takdir, tunjukkan takdir itu pada saya !

Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Ustaz tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kuat.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Hei ! Kenapa awak marah pada saya?

Ustaz : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang kamu ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya tak paham...

Ustaz: Apa rasanya tamparan saya?

Pemuda : dah tentu lah sakit

Ustaz : Jadi kamu percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Ustaz : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh buat macam tu..

Ustaz: Itulah jawapan pertanyaan pertama…kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Adakah malam tadi kamu bermimpi akan ditampar oleh saya?"

Pemuda : Tidak.

Ustaz : Adakah pernah terfikir oleh kamu akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Ustaz : Itulah yang dinamakan takdir.

Ustaz: Tangan saya yang menampar kamu terbuat dari apa??

Pemuda : Kulit.

Ustaz: jadi pipi kamu juga dari kulit kan??

Pemuda : ya..kulit..

Ustaz: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Ustaz: Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan. Semoga kita bukan termasuk orang-orang yang ditempatkan bersama syaitan di neraka…

Pemuda itu terus tertunduk dan memeluk ustaz tersebut sambil memohonnya untuk mengajar tentang Islam lebih banyak lagi..

No comments:

Post a Comment