Ada beberapa tanda atau simtom menunjukkan
seseorang lelaki itu dicintai oleh Jin betina atau
disebut oleh perawat Islam sebagai jin asyik. Mari kita
bersama-sama mendapatkan kefahaman tentang
perkara ini.
1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita
seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat
merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah,
putus asa dan sebagainya.
2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa
berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi
tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan
sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau
mungkin diri anda sepenuhnya panik dan
menggeletar.
3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan
perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau
‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja
wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah
lihat atau anda cipta sendiri orangnya)
3. Anda suka bersendirian berjalan malam.
4. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan
dibawah cahaya bulan purnama.
5. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau
rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu
pada siapa.
Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat
kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh
mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke
dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.
Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan
perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya
sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana
saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda
rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.
6. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-
mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda
kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah
jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau
terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang
penuh rasa rindu dan cinta.
7. Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang
anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau
berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah
malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.
Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar
datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…
8. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan
berasmara dengan perempuan.
Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis
dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi
pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin
ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus
menjaga anda dengan ketat.
Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak
dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak
itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan
menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan
sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin
bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)
9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di
hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa
berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.
Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini,
sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan
diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’
itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada
pandangannya ada temannya.
Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan
seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada
manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah
terpencil dan sebagainya.
10. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada
orang menemani anda tidur semalamnya dan anda
mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.
11. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada
melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun
anda mungkin tidur seorang diri.
12. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut,
iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin
menjadi pelembut hati orang yang memandang anda,
seperti mereka itu sedang memandang seorang
wanita cantik yang penuh kelembutan.
Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan
anda terutama kalau amalan pendinding anda mula
memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu
akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah
‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang
marah.
13. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan
mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.
14. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang
mengekori anda ke mana-mana.
15. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau
wanita yang selalu menemani anda.
Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah
dekat, tak ada pula ‘orangnya’.
16. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya
ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak
mahu berkongsi kekasihnya.
17. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas
gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi
‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak
peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau
marah tak tentu pasal dan sebagainya.
Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus
menghasut dan berusaha memporak porandakan
rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar
anda akan menjadi miliknya seekor.
18. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada
sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau
isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain
termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda
seorang yang berilmu dan kuat iman.
Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang
itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol,
terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia
akan dapat ikut serta.
19. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara
anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-
mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-
anak lelaki.
…dan sebagainya…
Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta
sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak
sedar menjadi pujaan jin betina.
Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan
mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan
kepala.
Wallahua’lam
p/s : copypaste from ~A'udzubillahhiminnasSyaitonnirrajim~BismillahHirrahmanirRahim~
Sunday, August 26, 2012
Wednesday, August 8, 2012
Sejarah Malam Lailatul Qadar : Janggut Lebih Keras Daripada Besi
Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.
Siapakah lelaki Bani Israil itu?
Dikatakan bahawa nama lelaki itu ialah Syam'un, berperang dengan musuh selama 1000 bulan, tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya dan sememangnya orang-orang kafir gerun untuk menghadapinya. Sehinggalah tiba satu pengkhianatan dari isteri beliau apabila ditawarkan oleh orang kafir sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas jika berjaya mengikat suaminya itu.
Pada satu malam, niat isterinya yang khianat itu untuk mengikat suaminya dengan tali berjaya dilaksanakan. Namun, ketika Sya'mun sedar daripada tidur dan menggerakkan badannya semua tali itu putus dengan mudah.
Lalu beliau bertanya kepada isterinya : "Mengapa kau berbuat sedemikian?"
Lalu isterinya yang jahat itu menjawab: "Aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja."
Isterinya menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segeralah mereka memberi rantai besi kepada isteri yang jahat itu untuk mengikatnya sekali lagi. Namun, ikatan besi pada badan Syam'un diputuskan dengan amat mudah sahaja. Apabila isteri beliau ditanya, dijawabnya jawapan yang sama.
Lalu menyamarlah Iblis sebagai manusia dan mendatangi orang-orang kafir dan isteri Syam'un yang sedang melaporkan gerak kerja yang gagal tersebut. Maka Iblis tersebut memberi cadangan agar isteri Syam'un bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikatnya. "Helaian rambut yang tumbuh di dagu ku ini," jawab Syam'un dengan jujur kepada isterinya apabila ditanya.
Memang tidak dinafikan bahawa Syam'un mempunyai lapan helai janggut yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika beliau tidur, si isteri mengikat kaki dan tangannya dengan kelapan-lapan janggutnya tersebut. Kemudian orang-orang kafir membawanya ke tempat penyeksaan dan penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta dengan satu tiang. Maka bermulalah penyeksaan mereka dengan memotong kedua telinganya dan bibirnya.
Kemudian Syam'un memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatan dan dapat merobohkan tempat penyeksaan tersebut. Allah mengkabulkan doanya dengan berjayanya Syam'un melepaskan diri dari ikatan itu dan berjaya merobohkan tempat itu dengan menolak tiang yang membuatkan tempat itu tidak stabil lalu runtuh menghempap semua orang kafir kecuali Syam'un sahaja yang terselamat.
[Kisah ini diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas]
Akhir kalam, adakah saudara tahu sejarah ini? Malulah kita beribadah kepada Allah tanpa mengetahui sejarahnya. Seperti ibadah solat, kita tahu sejarah baginda mendapat perintah solat pada malam Isra' Mikraj yang asalnya 50 waktu ditukar kepada lima. Semoga dengan tahunya sejarah Lailatul Qadar membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan tersebut.
Kisah ini diambil dari kitab Mukashafah al-Qulub (Penenang Jiwa) bab 103 karangan Imam al-Ghazali.
Copypaste from....
Petua Oleh Imam Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Monday, July 23, 2012
Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
Sumber: Crewfathi
Saturday, July 21, 2012
Kesilapan Yang Sering Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan
renung²kan dan selamat beramal.. :)
- berpuasa tetapi tidak solat,
- berpuasa tetapi tidak menutup aurat,
- berpuasa tetapi mengumpat,
- berpuasa tetapi terus menabur fitnah,
- berpuasa tetapi memandang yang haram,
- berpuasa tetapi mendengar yang haram,
- berpuasa tetapi berkata yang haram,
- berpuasa tetapi derhaka kepada ibu bapa,
- berpuasa tetapi memutuskan silaturrahim,
- berpuasa tetapi buat perkara maksiat,
- berpuasa tetapi ...
apa erti puasa itu? hanya menahan dari makan dan minum? bukankah puasa itu adalah mentaati segala perintah Allah, lalu taat untuk tidak makan dan minum, menahan nafsu dari melakukan segala maksiat dan perkara haram, menahan dari mengajak orang lain berbuat perkara maksiat dan haram, sama ada sedar atau tidak. puasa di bulan ramadhan adalah rukun islam ke tiga. :)
Nabi Muhammad saw pernah bersabda :
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Monday, July 16, 2012
PENGIRAAN WAKTU DUHA
Waktu solat Duha adalah dari waktu naik matahari sehingga waktu condong matahari kea rah barat. Pengiraan waktu Duha sacara astronomi adalah nerdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu sepertiga perbezaan waktu syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Duha bermula 28 minit selepas waktu syuruk dan berakhir setelah masuk waktu Zuhur.
Contoh pengiraan berdasarkan formula astronomi:
Waktu Duha = waktu syuruk + 1/3 (waktu syuruk – waktu Subuh)
Contoh jadual waktu Sembahyang di Mukah (Zon 4) pada 16 Mac 2011:
Waktu syuruk : 0638 pagi
Waktu Subuh : 0524 pagi
Waktu Duha di Mukah pada 16 Mac 2011 ialah:
Waktu syuruk + 1/3 (waktu syuruk – waktu Subuh)
= 0638 + 1/3 (0638 – 0524)
= 0638 + 1/3 (74)
= 0638 + 25 minit
= 0703 = 7:03 pagi
Selepas seronok mengira, sekarang jom kita sama-sama amalkan solat sunat Duha.
Sumber: Unit Falak, Bahagian Penyelidikkan JAKIM. Kaedah Panduan Falak Syarie.
Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 41
13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA
13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
)5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
P/S : copypaste FB
Subscribe to:
Posts (Atom)